Taklimat Pembukaan Sekolah 2022

Selamat Kembali ke Sekolah

Vaksin Covid-19

#Lindung Diri Lindung Semua

PPV PICKids

#Lindung Diri Lindung Semua

Jul 4, 2021

Pengisian Data PAJSK 2021

PAJSK bermaksud Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum bagi murid di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Pentaksiran kokurikulum ini sebenarnya berperanan besar kepada murid kerana ia mewakili 10% merit untuk ke IPTA atau Universiti Awam UA serta membantu merit untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM. 

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua murid TAHAP 2 SAHAJA sambil dibantu oleh penjaga untuk melengkapkan maklumat PAJSK anda. Anda perlu masukkan maklumat sebarang pertandingan/aktiviti kokurikulum yang telah disertai dari 1 Julai sehingga 30 November 2021 (untuk tahun 2021 sahaja). Maklumat pertandingan tahun lepas TIDAK PERLU.

Klik pautan di bawah @ gambar di atas untuk mengisi maklumat PAJSK anda. Terima kasih.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

Apr 18, 2021

Kempen Pengaktifan Akaun DELIMa

ID DELIMa yang dibekalkan oleh KPM adalah untuk digunapakai oleh murid sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Mereka dibekalkan dengan ID DELIMa untuk membolehkan mengikuti kelas di Google Classroom serta menggunakan kemudahan-kemudahan lain dalam talian yang disediakan oleh KPM.

Walau bagaimanapun, agak mendukacitakan apabila masih ada murid yang TIDAK PERNAH login sekaligus mengatifkan akaun DELIMa ini. Lantaran itu, pihak sekolah khasnya Unit ICT bertanggungjawab untuk memastikan semua murid mengatifkan akaun DELIMa sebagai langkah pertama. Diharapkan semua murid dengan bantuan ibu bapa memberikan kerjasama yang sebaiknya dalam menjayakan kempen ini.

#SatuMuridSatuAkaun
#JomAmbilHakKita



Apr 3, 2021

Taklimat Pembukaan Sesi Persekolahan 2021


Pada 1 Mac 2021, maka akan bermulalah sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negara. Atas kekangan sedia ada, pihak sekolah telah mengeluarkan satu video Taklimat Pembukaan Sesi Persekolahan sebagai panduan buat ibu bapa dan murid-murid yang akan kembali ke sekolah. Semoga video ini dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa/penjaga dan murid-murid dalam mengharungi sesi persekolahan era mencabar ini.

Mar 16, 2021

Pelancaran Minggu PSS 2021

Pada 15 Februari 2021, telah berlangsung Pelancaran Minggu PSS 2021 bagi peringkat sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Semarak. Pelancaran dilaksanakan secara atas talian mengunakan medium Pelancaran Minggu PSS 2021 dan Google Meet. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu program tersebut berlangsung. Antara aktiviti yang di jalankan ialah  pertandingan mewarna, pertandingan bercerita (BM dan BI), pertandingan pidato, pertandingan resensi buku, pertandingan buku skrap dan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini telah memberikan banyak pengalaman dan ilmu kepada semua warga sekolah SK Taman Semarak. Tahniah kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian dalam aktivigti yang dirancang.