Mar 2, 2020

Minggu PSS Tahun 2020

Pada 04 Februari 2020, telah dilancarkan Minggu PSS 2020 bagi peringkat sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Semarak. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu program tersebut berlangsung. Antara aktiviti yang di jalankan ialah anugerah nilam, pertandingan pidato dan bercerita (BM & BI), pertandingan mewarna, dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini telah memberikan banyak pengalaman dan ilmu kepada semua warga sekolah SK Taman Semarak. Tahniah kepada murid-murid yang telah memenangi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

0 Comments:

Post a Comment