Pada 17 Ogos 2020, Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan telah berlangsung secara sederhana. Majlis ringkas dimeriahkan dengan kehadiran para pentadbir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Taman Semarak, En. Hamizon Bin Mohd Aris. Murid-murid kekal berada di dalam kelas masing-masing. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Sembilan, Sekolah dan lagu-lagu patriotik. Tahniah Panitia Sejarah dan semua AJK Kerja yang terlibat dalam menjayakan program ini walau pun dalam keadaan terhad.
0 Comments:
Post a Comment