Aug 27, 2021

u-Pustaka : Gedung Buku Anda

 

Apa Itu U-Pustaka?

U-Pustaka atau U-Library merupakan akronim kepada Ubiquitous Library atau Perpustakaan Ubiquitous.
Ubiquitous membawa maksud, bila-bila masa di mana sahaja.

Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia. Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital.

Ahli boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan. Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi  buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.

Jom daftar u-Pustaka untuk dapatkan buku-buku kegemaran anda.



0 Comments:

Post a Comment